Wednesday, May 13, 2009

Diriku bukan yg TERBAIK tetapi renung2kanlah...




Aku sekadar ingin membawa kita kepada satu anjakan paradigma dimana kita dapat berfikir di luar kotak namun,tidak meninggalkan identiti asal dan nilai-nilai kita.Cuba renungkan sejenak,dirimu kian berubah.Tidakkan anda mengerti bahawa diri anda adalah ibarat sekuntum bunga yang indah di pandangan mata,Namun,bukan perhiasan dunia semata-mata.Duri yang melingkari dirimu itulah hijab yang menjadi pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita.Disini nilai seorang wanita.Mengapa harus anda biarkannya terdedah kepada kami??...Kaum ajnabimu.Begitu sedihnya hati dikala melihat dirimu bagai bahan yang mudah diperkotak katikkan.Ku lihat,kaummu menghayun langkah bukan seindah dulu.Disaat ini,langkahmu semakin pantas,suara mu kian meninggi diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan telinga.Sedarkah kau?Haruskah aku menerima hakikat bahawa inilah yang dimaksudkan dengan 'Dunia Modem'.haruskan aku menerima dirimu sudah berubah....

Jika dirimu masih tidak dimiliki....
Usahlah risau akan jodohmu.Ingat bahawa jajnji ALLAH itu adalah pasti.Wanita yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik.Jangan engkau menggadaikan maruahmu hanya untuk diri seorang yang bergelar lelaki.Jangan mengenakan busana yang menjolok mata untuk memancingku.kerana....kau hanya memancing nafsuku bukan hatiku.Jangan sesekali mengatur pertemuan denganku hawa..kerana aku bimbang kita kan terjerumus ke lembah maksiat.

No comments:

Post a Comment