Wednesday, May 13, 2009

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugasan-tugasan 'professional'maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya.Inginkan perhatian dan inginkan hidup yang mudah,menarik dan mewah. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
Akibat daripada lupa mengingati ALLAH,kaum hawa gagal mengawal diri dari nafsu mereka.Ramai yang hanya berfikiran cetek,berfikir hanya berlandaskan hawa nafsu,dan bukan berfikir berlandaskan iman dan akal.Oleh itu,kita tidak merasa pelik apabila melihat ada wanita yang sanggup menjual diri hanya untuk hidup dalam kemewahan,hanya kerana ingin rasa dipunyai tanpa memkirkan dosa dan pahala.Kita jugak tidak berasa hairan lagi dengan fesyen 'tayang dada'yang sengaja dihalalkan atas tujuan tertentu.Akibat dari inginkan perhatian,Akibat dari rasakan diri adalah megah,mereka sanggup menggadaikan apa sahaja asalkan diri diperhati dan nafsu dipenuhi.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Tidak cukup dengan fesyen tayang dada,semua bahgian ingin ditonjolkan tanpa perasaan malu lagi kerana ramai yan berpakaian begitu.Zaman sekarang wanita solehah yang memakai tudung labuh,menutup aurat pula dikatakan 'pelik' dan mereka yang tidak menutup aurat itu adalah normal.Jadi,cabaran untuk wanita solehah yang menjaga diri dengan baik adalah besar.Semoga mereka dilindungi dari syaitan2 yang hidup di alam manusia ini.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.

Diriku bukan yg TERBAIK tetapi renung2kanlah...




Aku sekadar ingin membawa kita kepada satu anjakan paradigma dimana kita dapat berfikir di luar kotak namun,tidak meninggalkan identiti asal dan nilai-nilai kita.Cuba renungkan sejenak,dirimu kian berubah.Tidakkan anda mengerti bahawa diri anda adalah ibarat sekuntum bunga yang indah di pandangan mata,Namun,bukan perhiasan dunia semata-mata.Duri yang melingkari dirimu itulah hijab yang menjadi pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita.Disini nilai seorang wanita.Mengapa harus anda biarkannya terdedah kepada kami??...Kaum ajnabimu.Begitu sedihnya hati dikala melihat dirimu bagai bahan yang mudah diperkotak katikkan.Ku lihat,kaummu menghayun langkah bukan seindah dulu.Disaat ini,langkahmu semakin pantas,suara mu kian meninggi diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan telinga.Sedarkah kau?Haruskah aku menerima hakikat bahawa inilah yang dimaksudkan dengan 'Dunia Modem'.haruskan aku menerima dirimu sudah berubah....

Jika dirimu masih tidak dimiliki....
Usahlah risau akan jodohmu.Ingat bahawa jajnji ALLAH itu adalah pasti.Wanita yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik.Jangan engkau menggadaikan maruahmu hanya untuk diri seorang yang bergelar lelaki.Jangan mengenakan busana yang menjolok mata untuk memancingku.kerana....kau hanya memancing nafsuku bukan hatiku.Jangan sesekali mengatur pertemuan denganku hawa..kerana aku bimbang kita kan terjerumus ke lembah maksiat.

Renungan Pagi...

Firman Allah swt yang bermaksud:

"Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga ataupun lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram terhadap orang yang beriman."

"Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik."


Renungan bersama~

Apa pendapat korang?..Aku rase,zaman skarang nie,makin ramai yang x sepenuh hati nya 'ISLAM'.Ramai yang mengaku islam.tetapi hanya pada zahir.Perlakuan,amalan,melambangkan diri kita.Usah mengikut trend masa kini secara membuta tuli.Ramai yg sudah melupakan janji ALLAH.Kita dikurniakan akal fikiran untuk menilai yang mana baik dan yang mana tidak...Berfikirlah menggunakan akal yang waras,bukan semata-mata nafsu...Percayalah,janji ALLAH ini benar.Masih ada lelaki dan perempuan yg baik.Mereka ini adalah insan yang sentiasa menjaga diri,menjaga batasan antara lelaki dan perempuan . Bilangan mereka ini amat sedikit.Namun,kelak mereka akan dipertemukan.INSYAALLAH....

Wednesday, May 6, 2009

Lagu-lagu best wooo...

Hello sume..kat sini aku nak kongsi ngan semua lagu-lagu yang aku suke dengar.Feeling abes lagu2 neh...Hehe.so..download,jangan x download....Free jerk.hehehe.

Hijau daun-suaraku berharap

Alexa-Jangan Kau Lepas

Aizat-Pergi


Sheila on 7-Betapa

Kertas-Tentangmu

Afgan-Entah

Pemimpin pelajar atau pemimpin rakyat...

Apakah yang menjadi perbezaan di antara pemimpin pelajar dan pemimpin rakyat?.Pemimpin pelajar adalah individu yang ingin mendapatkan kepercayaan pelajar supaya mengundinya.Dan pendekatan yang sering digunakan adalah:

1.Menggunakan pendekatan janji-janji manis yang suka di dengar oleh pelajar dan mambangkitkan isu-isu yang mendatangkatkan kepuasan dan kepentingan kepada diri pelajar..
2.Menggunakan pendekatan serangan peribadi untuk melindungi kelemahan diri dan menunding jari kepada kelemahan lawan.
3.Petah berbicara-mengeluarkan hanya perkataan perkataan yang suka didengar untuk mendapatkan sokongan walaupun hakikatnya bukan semua benda yg manis adalah madu.Gula adalah benda manis yan membuatkan kita gembira buat sementara waktu namun merana buat satu masa yang panjang.
4.Gayanya dapat memberikan keyakinan kepada pelajar,bila becakap dialah raja namun belum tentu jasa dan sumbangan.
5.Bekerja hanya bila diperhatikan dan hanya suka melakukan kerja yang POPULAR...
6.Sering menggunakan isu-isu remeh yang boleh mendatangkan sokongan daripada memikirkan sesuatu yang jauh.
7.Tindakannya dan setiap keputusan yang dibuat adalah konkrit dan seratus-peratus atas keputusan penyokongnya.

PEMIMPIN RAKYAT??

1.Pendekatan yang neutral,tidak dibuat-buat.Melakukan sesuatu untuk kepentingan rakyat walaupun mungkin rakyat tidak suka atau tidak dapat berfikir.
2.Kurang mengeluarkan janji-janji manis,dan tidak menawarkankan sesuatu yang bersifat konkrit seperti wang dan sebagainya namun memandang lebih kepada sesuatu yang jauh,walaupun mungkin tidak dapat difahami oleh rakyat.
3.Kurang menggunakan serangan peribadi.Pemimpin jenis ini lebih gemar membuat refleksi diri sendiri bagi meningkatkan mutu diri.
4.Lebih gemar melakukan sumbangan yang tidak POPULAR daripada bercakap banyak SEPErTI ARTIS tetapi sebenarnya tidak berbuat apa-apa.
5.Lebih memikirkan apa sumbangan diri sendiri kepada orang lain,daripada memikirkan sumbangan orang lain kepada dirinya.
6.Selalu mendengar pendapat orang lain tetapi tidak bermakna selalu bersetuju.Mempunyai pandangan sendiri mengenai sesuatu aspek tapi bukan tujuan untuk berdebat tetapi cuma menyatakan apa yang dianggap perlu.
7.Pepimpin jenis ini kurang POPULAR,namun setiap isu yang dibincangkan adalah untuk kepentingan bersama bukan sekadar cakap kosong.
8.Walaupun pemimpin jenis ini kurang diminati,namun pemimpin jenis ini adalah sebenar-benar pemimpin...

Jika anda renung-renungkan sikap pemimpin mana yang terdapat pada Rasulullah s.a.w....Jadi,pilihlah jalan anda.Adakah anda ingin menjadi 'pemimpin pelajar' atau pemimpin rakyat??

Kedah mengamuk di Darul Aman

KEDAH mengamuk di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi.

Mereka tampil bergaya apabila membelasah kelab ACB Hanoi 7-0 pada perlawanan Kumpulan G Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Walaupun turun tanpa empat tonggak utama tetapi skuad tuan rumah mempergunakan sepenuhnya peluang beraksi di Stadium Darul Aman.

Berbekal misi untuk mengutip tiga mata penuh, kesebelasan Kedah mempamerkan kesungguhan yang sungguh luar biasa tanpa memberi sebarang ruang kepada lawan untuk melancarkan gerak.

Gol pembukaan Kedah diperoleh seawal minit ke-13 menerusi Mohd. Azrul Ahmad sebelum dia meledak gol kedua pada minit ke-30.

Selepas itu, Mohd. Farizal Rozali pula mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-33 untuk menjadikan kedudukan 3-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada babak kedua, rentak permainan Kedah semakin teratur dan hasilnya mereka terus merobek gawang lawan menerusi jaringan Mohd. Afif Amiruddin pada minit ke- 63.

Mohd. Sabree Abu terus mengukuhkan kedudukan Kedah apabila meledak jaringan kelima pada minit ke-68.

Selepas itu, Kedah dihadiahkan pula dengan sepakan penalti selepas Sabree dijatuhkan oleh pertahanan ACB Hanoi, Ho Tanh Thuong dalam kawasan penalti.

Azrul yang mengambil sepakan tersebut mudah menyempurnakannya untuk melengkapkan jaringan hatriknya ada perlawanan itu.

Shahrulnizam Mustapha menjadikan kedudukan 7-0 pada minit ke-90 bagi melengkapkan malam gemilang skuad Kenari itu.

Sementara itu, satu lagi wakil negara ke Piala AFC, Johor FC tewas 0-2 kepada kelab V.B dari Maldives.

Perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Nasional Male, Maldives.

Tuesday, May 5, 2009

Semangat perwira atau Sekadar ikon....???



SABTU lalu, tatkala matahari terik membakar di atas kepala, kelihatan tiga artis remaja, Diana Danielle, Alif Satar dan Suki bersiap sedia dengan senapang M16 berisikan peluru hidup untuk memulakan latihan menembak di Lapang Sasar Batu Hampar, Bukit Jugra, Banting.

Seperti remaja lain yang terpilih mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi sesi yang bermula 19 Mac lalu, ketiga-tiganya meniarap, sabar mendengar penerangan daripada anggota tentera yang mengawasi latihan berkenaan. Selepas beberapa ketika, kedengaran tembakan yang kuat dihalakan ke papan sasaran yang berada kira-kira 100 meter di hadapan.

Monday, May 4, 2009

Bila mata x lena tidur.....

Bila mata aku x lelap tido,mulalah tangan aku berjalan-jalan mencari laptopku untuk meng update blog aku.Malam semakin gelap.Hijau Daun Suara ku Berharap.Hehehe.Aku pusing-pusing rase pening kenapa mata aku berpinar-pinar.maknanya ada lah bende yg x selesai 2...ada la bende yang aku nak gtaw.Sebenarnya,aku nak cerita sebuah kisah pasal manusia.Kalaw kita tengok kt dalam dunia ni manusia yang normal nampak macam sama,ada kepala,ada hidung,ada kaki.manusia normal lah 2 masksodnya.Tapi setiap manusia nie terlalu unik untuk ditafsirkan,penuh dengan idea,penuh dengan pandangan,penuh dengan tanggapan yang unik x penah terfikir dek orang lain.Jadi,sebagai manusia kita kene laa...hormat pandangan dan persepsi orang lain,xleh kutuk...Begitu sukar untuk menilai hati manusia,tetapi langkah terbaik adalah muhasabah diri sendiri dan melakukan yang terbaik buat diri sendiri...hehe.Kesimpulannya,belilah barangan buatan malaysia dan makan kat maple.K LA,aku pon xtaw dah apa yg aku ngarutkan nie...taaa....

ISU SENSITIVE.Knape perempuan suke pakai ketat2??



Hehehehe...
Firt sekali maaflah kalau artikel aku ini telah mengganggu dan membuatkan banyak hati2 menjadi tidak tenteram SEBAB itu memang niat aku SEBAB aku kan SILENCE KILLER.hehehehehe....Aku nak membicarakan sikit mngenai perempuan...Tapi ini bukanlah untuk semua kaum perempuan.cuma kepada mereka yang berkenaan.Kadang2 aku sendiri plak rase pelik.Knape pempuan suke pakai baju yang ketat sangat??..alah...ni bukan nak cite orang lain,kawan2 aku gak kat kampus aku blaja nie.Aku pon dah x Gheti sebenanya cm ne nak nasihatkan.Nanti diorang cakap aku busy body plak.Jadik,aku tulis je lah dalam blog nie..he3.

Setelah kajian yg telah aku buat aku mendapati ada beberapa sebab yang menyebabkan perempuan suka pakai ketat....

1.Untuk menonjolkan bahagian-bahagian yang dianggap menarik.Al maklumlah banyaknya bahagian yang x menarik,jadik kene la sorok kekurangan.
2.Untuk menggoda kaum lelaki,al maklumlah...laki kan dah kurang kan kt lam dunia nie...jadik,sapek cepat die lah dapat.
3.Sangat suke diperhatikan-Bila laki2 dok pandang diorang hepi semacam,macam erra fazira lah rase,banyak peminat..hehe.tp x taw lah laki dok pandang kat bahagian mana.
4.Meraka nak tarik buaya darat,nak jadikan diri sendiri umpan.hehehe
5.Mungkin diorang nak save cost buat baju.al maklumlah buat baju sekarang kan mahal.sebab 2 saiz xxl nal pakai saiz s..jimat kain,jimat duit.
6.Mungkin pempuan pakai ketat sebab diorang guna sabun detergan yang boleh kecutkan fabrik,sebab 2 baju jadi kecut,kecik...
7.Yang terakhir dan yang terpentng sekali adalah kerana mereka ini cantik tetapi kosong...Fizikal yang sangat sempurna,tetapi tidak mempunyai keupayaan untuk berfikir dengan waras.


Oleh itu,jadilah insan yang mempunyai kewarasan akal,manusia yang mampu berfikir sebelum bertindak..Kemurniaan Akhlak dan hati yang baik adalah kecantikan yang paling utama bukan sahaja di mata manusia tetapi juga di mata Pencipta.Kecantikan luaran bukanlah sesuatu yang kekal,tetap kecantikan dalaman adalah sebenar-benar kecantikan yang abadi.
Renung-renungkanlah....

Perkara pelik yang berlaku..PANAS...!!!

Bila kita membicarakan mengenai sesuatu yang 'pelik',ada golongan yang akan mengganggap ia satu perkara tahyul kerana tidak dapat diterjermah oleh akal fikiran.Namun,bagi segelintir kumpulan yang selalu berfikir mengenai peristiwa pelik yang berlaku ,mengambil iktibar daripada sesuatu peristiwa mereka ada alasan mereka sendiri untuk mempercayai menerima satu fakta yang dianggap karut oleh sesetengah orang.Namun begitu,bagi saya ini semua adalah satu kejadian yang berlaku dengan kehendak pencipta untuk kita terus berfikir.Merujuk kepada AlQuran dan AlHadith….berbanyakkan beramal dan bersedekah selagi maseh bernafas….dunia semangkin tua (hampir kepada Kiamat yang telah ditulis dalam AlQuran) semua fitnah-fitnah Dajal dah keluar….kebanyakkan tanda-tanda yang besar telah berlaku….kemunculan makhluk aneh dan kejadian aneh juga banyak berlaku hanya tunggu makhluk DAJJAL saja keluar….tunggu apa lagi….

Satu Mahluk aneh (Mermaid) yang ditemukan di sebuah lautan di Malaysia.Kejadian ini sengaja dirahsiakan supaya tidak menimbulkan kekecohan.Mungkin ini bukti dunia sudah tua… Do you believe it?? Wallahu’alam




KEWUJUDAN UFO SATU TANDA TANYA??


Bila bercakap tentang ufo,banyak pendapat yang sering kita dengar.Antaranya ada yang mengatakan bahawa mereka pernah lihat objek-objek terbang ini diruang udara kita.Namun,yang menjadi persoalannya,sejauh mankah kebenaran bahawa ufo itu betol2 wujud??
Antara teori yang dikemukakan
1. Kapal angkasa makluk asing yang dihantar ke bumi. ( Teori paling popular di kalangan
Ufologist )
2. Objek2 yang bergerak melintasi dimensi dan galaksi.
3. Kejadian paranormal.
4. Pengaruh budaya dan psikologi
5. Fenomena2 alam yang natural seperti bebola api.
6. Halusinasi hasil dari pergerakan kerak bumi.
7. Kajian2 'top secret' pihak tentera.

Friday, May 1, 2009

Apakah itu CINTA..?


Jika berbicara mengenai cinta,ramai yang akan mengeluarkan berbagai bagai pendapat yang luar biasa.Ada yang mengatakan xper bercinta tetapi selepas mempunyai hubungan sah suami isteri.Ada juga yang menyatakan x kesah,boleh je bercinta.SERONOK katanya.Bagi aku pula,kalaw kita lihat sekarang bercinta dah jadi satu 'trend masa kini'.Sapa yang x bercinta 2 dikatakan pelik,bajet baik la dan macam2 lagi...tp,pada aku yang kini berusia 20 tahun,memang tidak salah untuk berkasih sayang sesama manusia,tetapi ada batasannya.Lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tidak seharusnya menjalinkan perhubungan yang terlalu rapat tanpa ikatan yang sah kerana perhubungan ini akan membawa kepada kemusnahan,keburukan kepada kedua-dua belah pihak.Kepada kaum hawa,fikir fikirkanlan....manusia dijadikan sebaik-baik makhluk,dan hawa dicipta untuk mendampingi adam di kala dia rebah dalam perjuangan,dan kaum wanita dijadikan penuh dengan kesempurnaan,penuh dengan kelembutan dengan ciri-ciri yang tiada pada seorang lelaki.JAGALAH dirimu wahai hawa...


CINTA REMAJA….HALALKAH??

Maafkan aku,jika pendapatku ini menyentakkan mereka yang sedang tidur dibuai mimpi yang indah,masih bemimpi yang enak-enak.Couple??ADAKAH SESUATU YANG HALAL??
Bila membincangkan soal ini,banyak pandangan yang kita dengar.Kebanyakan pendapat akan meletakkan ini sebagai HALAL disebabkan kepentingan tertentu.Mengapakah isu couple dikalangan remaja ini tidak difatwakan HARAM secara terang-terangan??...Pusat hiburan,panggung-panggung wayang di seluruh Malaysia,pusat-pusat kegiatan yang lain,kebanyakannya menjadi tumpuan golongan muda-mudi yang menggelarkan diri mereka COUPLE.Jika isu ini diperangi dengan terang-terangan,ramai yang akan tutup kedai,hilang pendapatan.
Kite remaja….adakah kita rasa kita cukup kuat iman.Adakah kita rasa kita xkan terbakar dibakar oleh api??adakah kita merasakan diri kita lebih hebat daripada nabi Adam??.Jika jawapan anda ya,teruskan bercouple.Jika jawapan anda tidak,masih ada peluang untuk kembali ke jalan benar.Mungkin ada yang menyatakan kami cume bercinta,tidak melakukan lebih.Adakah hari ini kamu tidak melakukan salah,sampai hari kiamat,boleh bertahan begitu.Orang yang bercouple ini,akan diserang terus-terus oleh SYAITAN yang tidak pernah berputus asa.Adakah perisai imanmu cukup utuh??
Kita dilarang menghampiri ZINA,jika dilihat dari sudut agama ia sudah terang-terangan salah.Mungkin ramai yang kurang membicarakan kesannya kepada masyarakat umum..Couple,mungkin akan terjerumus ke lembah Zina dan mengundang kepada berbagai lagi masalah lain.Adakah kita sekadar ingin menutup mata melihat ribuan anak haram dilahirkan saban hari.Tidak cukup digugurkan,dibuang didalam tong sampah.Adakah kita suka melihat anak muda kita hilang perasaan malu,bercium ciuman di Khalayak ramai.ADAKAH INI NILAI KITA?.Jika kita terus berdiam diri,semua pemimpin cbok berebut kuasa,masyarakat cbok memenuhkan perut masing-masing…siapaka lagi yang ingin kita harapkan??


Adakah kita ingin melihat anak muda yang berserban,ahli jawantankuasa surau jalan berpeleseran pada hari esok tanpa arah tuju??Adakah kita ingin melihat muslimah pada hari ini,menanggalkan tudung,melakukan maksiat pada hari esok??
Inilah hakikat yang bakal berlaku jika kita terus membutakan mata,memekakkan telingan dengan isu yang dianggap ‘BIASA’ ini..

BANYAK X SEMESTINYA BENAR….
SIKIT X SEMESTINYA KALAH…….
JIKA KITA MERASA BERADA DI LANDASAN YANG BENAR…
SEDARKAN TEMAN YANG SEMAKIN HANYUT….