Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugasan-tugasan 'professional'maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya.Inginkan perhatian dan inginkan hidup yang mudah,menarik dan mewah. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
Akibat daripada lupa mengingati ALLAH,kaum hawa gagal mengawal diri dari nafsu mereka.Ramai yang hanya berfikiran cetek,berfikir hanya berlandaskan hawa nafsu,dan bukan berfikir berlandaskan iman dan akal.Oleh itu,kita tidak merasa pelik apabila melihat ada wanita yang sanggup menjual diri hanya untuk hidup dalam kemewahan,hanya kerana ingin rasa dipunyai tanpa memkirkan dosa dan pahala.Kita jugak tidak berasa hairan lagi dengan fesyen 'tayang dada'yang sengaja dihalalkan atas tujuan tertentu.Akibat dari inginkan perhatian,Akibat dari rasakan diri adalah megah,mereka sanggup menggadaikan apa sahaja asalkan diri diperhati dan nafsu dipenuhi.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Tidak cukup dengan fesyen tayang dada,semua bahgian ingin ditonjolkan tanpa perasaan malu lagi kerana ramai yan berpakaian begitu.Zaman sekarang wanita solehah yang memakai tudung labuh,menutup aurat pula dikatakan 'pelik' dan mereka yang tidak menutup aurat itu adalah normal.Jadi,cabaran untuk wanita solehah yang menjaga diri dengan baik adalah besar.Semoga mereka dilindungi dari syaitan2 yang hidup di alam manusia ini.
Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.



